Bitcoin Adalah Idea

Terjemahan dari Artikel : Bitcoin Is An Idea | dergigi.com

“Jangan risau jika idea kita dicuri. Sekiranya ianya asli, idea itu tidak akan hilang selamanya.”

-Howard H. Aiken

“Tidak ada darah atau daging didalam badan ini untuk dibunuh. Hanya ada idea. Idea dapat menahan dari tembakan peluru.”

-Alan Moore, V for Vendetta

Pada tanggal 31 haribulan Oktober 2008, satu kejayaan telah tercipta. Pada hari yang bersejarah ini satu idea telah tercetus dan dengan idea ini ia telah merubah cara masyarakat global berinteraksi secara amnya. Idea ini sangat radikal sehingga ianya diabaikan oleh hampir semua orang selama beberapa tahun pertama kewujudannya dan masih lagi diketepikan oleh kebanyakan orang sekarang, iaitu idea yang diterjemahkan dalam sebuah kertas putih (Whitepaper) bertajuk Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System.

Kertas putih yang dikeluarkan oleh Satoshi Nakamoto pada malam Halloween ini menerangkan idea beliau yang bakal mengegarkan dunia. Ia sebenarnya merupakan satu perubahan yang mendadak untuk masyarakat,malahan kebanyakkan orang mengganggap Bitcoin adalah satu skim cepat kaya.

Alan Moore mengingatkan kita: “Idea, tidak seperti satu struktur yang padat, ianya tidak boleh dibinasakan. Ia akan kekal abadi, tidak akan hancur dan ada di mana sahaja”.

Pada malam yang penuh bermakna ini pada tahun 2008, Satoshi seolah-olah telah melepaskan seekor jin keluar dari botolnya. Kita sekarang melalui dunia di mana wang digital hanyalah dari satu idea ke dunia di mana Bitcoin telahpun wujud. Bukan hanya idea kosong semata tetapi dengan setiap blok masa berlalu, Bitcoin mengingatkan kita bahawa idea ini kini sudah menjadi kenyataan. Seperti yang kita akan perhatikan nanti, realiti baru ini adalah lebih hebat daripada yang disangka pada mulanya kerana ia akan membawa kepada paradigma ekonomi baru. Ianya hebat kerana waktunya sudah tiba dan tidak dapat dihentikan. Seperti yang diingatkan oleh Victor Hugo Tidak ada sesuatu yang sehebat selain dari idea yang tepat pada masanya.” Bitcoin sudah tiba dan ianya akan kekal selamanya dan masa Bitcoin adalah sekarang.

Idea Yang Tepat Pada Masanya

“Seseorang dapat menahan dari pencerobohan tentera tetapi tidak dapat menahan dari pencerobohan idea.”

-Victor Hugo

Bertentangan dengan kepercayaan ramai, Bitcoin tidak muncul secara kebetulan. Idea wang tunai digital yang diperkenalkan oleh pencipta Bitcoin dalam kertas putihnya ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ianya bermula dari sebuah kumpulan. Mereka menulis beberapa artikel mengenai wang tunai digital, bagaimana sistem sedemikian dapat direalisasikan, dan implikasinya kepada masyarakat terhadap kriptografi yang kukuh secara umum. Kumpulan ini digelar sebagai cypherpunks (Nota kaki 1)

Setelah membentuk kumpulan cypherpunks pada tahun 1992, Eric Hughes, Timothy C. May, dan John Gilmore membuat senarai mel (mailing-list) cypherpunk untuk membincangkan dan berkongsi idea mengenai kriptografi, penghantaran mail secara rahsia, identiti tanpa nama, wang digital, dan beberapa “perkara menarik lain” dengan kumpulan lain. Beberapa tahun kemudian, seorang cypherpunk yang menggunakan nama samaran Satoshi Nakamoto memilih untuk menerbitkan kertas putih Bitcoin didalam senarai mel cyberpunk tersebut.

Seperti yang dapat dilihat daripada hasil kajian tulisan mereka, kumpulan cypherpunks ini sangat mementingkan idea wang digital. Pada tahun 1993, Eric Hughes membincangkan idea wang tunai digital, hubungannya dengan privasi, dan kepentingannya untuk masyarakat umum dalam A Cypherpunk’s Manifesto “Oleh kerana kita mahukan privasi, kita mesti pastikan bahawa setiap pihak dalam transaksi hanya mengetahui apa yang secara langsung diperlukan untuk transaksi tersebut. Ini kerana sebarang maklumat yang diterima dapat dipertikaikan, kita mesti memastikan bahawa kita mengungkapkan maklumat seminima yang mungkin. Dalam kebanyakan kes, maklumat identiti peribadi tidak diperlukan. Contohnya, apabila saya membeli majalah di kedai dan menyerahkan wang tunai kepada penjual, dia tidak perlu tahu siapa saya.”

Idea wang tunai digital (atau wang tunai elektronik, seperti yang digelar oleh Satoshi dalam kertas putihnya, Bitcoin) adalah sama seperti wang tunai di dunia nyata. Ia tidak memerlukan identiti atau pendaftaran, boleh ditukar secara langsung untuk barangan dan perkhidmatan dan hampir tidak dapat dijejaki atau dikenalpasti pemiliknya di dunia nyata.

Malah IANA (Nota kaki 2), organisasi standard yang bertanggungjawab untuk menentukan kod status HTTP (antara tugas lainnya) mengiktiraf idea wang digital. Kita semua tahu kod ralat 404 yang terkenal, yang menunjukkan bahawa sumber tidak dijumpai. Tidak ramai orang tahu bahawa terdapat juga kod ralat 402, yang menunjukkan bahawa sumber tidak dapat dicapai kerana memerlukan pembayaran. Oleh kerana wang tunai digital tidak lagi wujud pada masa itu, kod ralat tersebut “dikhaskan untuk kegunaan masa hadapan” dan tidak digunakan secara meluas seperti hari ini.

Cypherpunks memberikan tumpuan utamanya pada aspek privasi wang digital. Aspek kewangan dan ekonomi adalah tumpuan kedua. Mereka menyedari bahawa privasi sangat penting bagi masyarakat umum. Bagaimanapun, apabila perkara yang sebaliknya berlaku iaitu pengawasan ketat oleh pihak tertentu yang berkepentingan menyebabkan idea kontroversial baru ini tidak dapat dibiarkan berkembang. Walauapapun kebebasan yang anda ada sekarang, apabila pengawasan ketat dilaksanakan ia menjadikan semua kebebasan anda tidak akan berguna lagi.

“Oleh itu, privasi dalam masyarakat umum memerlukan sistem transaksi tanpa nama. Sehingga kini, wang tunai menjadi pilihan utama. Sistem transaksi tanpa nama bukan sistem transaksi rahsia. Sistem tanpa nama memberi peluang kepada individu untuk mendedahkan identiti mereka apabila diperlukan dan hanya apabila diperlukan sahaja. Inilah intipati privasi.”

-Eric Hughes, A Cypherpunk’s Manifesto

Walaupun Bitcoin adalah satu kejayaan yang besar dalam semua aspek, semua bahagian teknikal yang membuatnya berfungsi sudah ada dan tersedia oleh pencipta sebelumnya. Antaranya adalah :

  • Kriptografi kunci awam (Public-key cryptography)
  • Rangkaian sulit kepada rakan (Peer-to-peer networks)
  • Tandatangan digital (Digital signatures)
  • Fungsi hash kriptografi (Cryptographic hash functions)
  • Setem masa kriptografi (Cryptographic time stamps)
  • Rantaian Hash (Hash chains)
  • Bukti kerja (Proof-of-work)

Mari kita terokai semua konsep ini dengan lebih terperinci di bahagian seterusnya dalam artikel ini.

Satoshi tidak mencipta algoritma baru yang lebih pintar atau kriptografi primitif. Sebaliknya, beliau menggabungkan kesemua teknologi sediada ini dengan cara yang bijak dengan menggunakan insentif ekonomi dan teori permainan (game theory). Dengan cara ini, beliau telah menemukan sistem baru yang lebih selamat dan elegan.

Cypherpunks sedar bahawa walaupun teknologi asas telah sediada secara teorinya, beberapa perkara memerlukan masa untuk berkembang. Pada tahun 1992, Timothy May ada menulis dalam The Crypto Anarchist Manifesto “Teknologi untuk ini […] telah wujud secara teori selama satu dekad yang lalu. […] Tetapi baru-baru ini jaringan komputer dan komputer peribadi mencapai kepantasan yang mencukupi untuk menjadikan idea-idea itu dapat dilaksanakan. Dan sepuluh tahun akan datang akan memberikan kelajuan tambahan yang cukup untuk menjadikan idea-idea itu dapat dilaksanakan dengan lebih murah dan pada dasarnya ianya tidak dapat dihentikan. ” (Nota kaki 3)

Pada dasarnya saya yakin, bahawa Bitcoin (rangkaian) dan Bitcoin sebagai idea itu benar-benar tidak dapat dihentikan, seperti yang dinyatakan oleh Alan Moore secara ringkas, “idea adalah kalis peluru”.

Pada dekad pertama kewujudannya, Bitcoin telah beralih dari satu idea ke fasa implementasi, seterusnya ke bukti konsep (proof of concept) dan akhirnya menjadi satu aset kewangan yang penting. Dalam dekad berikutnya, ia mungkin akan mendapat kekuatannya sendiri dan mengubah pemahaman kita tentang wang dan nilai. Idea untuk mencipta sistem seakan-akan Bitcoin telahpun wujud dari pemikir era elektronik beberapa dekat sebelum Satoshi Nakamoto berjaya mencipta Bitcoin.

Sejarah Wang Digital

“Kebanyakan orang secara automatik akan menolak wang elektronik dan menganggapnya sebagai usaha yang sia-sia kerana semua syarikat yang pernah menciptanya telah gagal sejak tahun 1990-an.”

- Satoshi Nakamoto

Sejarah bermulanya Bitcoin agak menarik. Satoshi dapat menggunakan pelbagai teknologi dan beberapa protokol yang antaranya sudah berusia 50 tahun lamanya. Walaupun usia 50 tahun dikira agak lama dalam bidang teknologi, seni kriptografi sudah bermula lebih lama dari itu, ianya bermula sejak tahun 1900 Sebelum Masihi.

Sukar untuk mengatakan yang manakah teknologi yang penting, tetapi yang paling menonjol mungkin ialah tandatangan digital (Diffie dan Hellman, 1976-Nota kaki 4) dan kriptografi kunci awam (Rivest, Shamir, Adleman, 1978-Nota kaki 5). Tanpa kedua idea tersebut, Bitcoin mungkin tidak akan wujud.

Nilai tambah Satoshi adalah dalam penggabungan dan penapisan beberapa teknologi.

Pelbagai sistem wang digital telah dikembangkan sebelum Bitcoin. Tetapi kesemuanya gagal dan semuanya kerana alasan yang sama. Berikut adalah beberapa sistem menarik yang dibina dalam konteks Bitcoin:

  • Ecash oleh David Chaum (1982)
  • E-gold oleh Douglas Jackson dan Barry Downey (1996)
  • hashcash oleh Adam Back (1997)
  • bit gold oleh Nick Szabo (1998)
  • b-money oleh Wei Dai (1998)
  • RPOW — Bukti Kerja Yang Boleh Diguna Semula oleh Hal Finney (2004)

Mari kita lihat dengan lebih dekat sistem -sistem ini dan terokai kebaikannya dan sebab mengapa ianya gagal.

Ecash (David Chaum, 1982)

Ecash menggunakan tandatangan digital untuk membuktikan pemilikan (proof of ownership), idea yang telah digunapakai di dalam Bitcoin sekarang. Dicadangkan oleh David Chaum pada tahun 1982, ia kemudian dibangunkan oleh syarikatnya dan beroperasi selama tiga tahun sebelum firma tersebut muflis pada tahun 1998. Chaum masih aktif sebagai seorang kriptografer. Beliau mempelopori banyak teknik kriptografi dan mendorong perkembangan teknologi pemeliharaan privasi. Salah satu teknik transaksi privasi yang digunapakai dalam Bitcoin telah diberi nama Chaumian CoinJoin, sebagai tanda penghormatan kepada Chaum. Walaupun Ecash menarik dari segi kriptografi dan teknologi ianya bukan inovasi monetari dan akhirnya gagal kerana ia dikendalikan oleh entiti berpusat iaitu DigiCash Inc., syarikat yang diasaskan oleh Chaum.

E-gold (Douglas Jackson dan Barry Downey, 1996)

E-gold tidak begitu penting dalam bidang kriptografi, tetapi ia adalah salah satu mata wang digital pertama yang mendapat daya tarikan. Walaupun sistem yang lain pernah wujud sebelumnya (OS-Gold, Standard Reserve, INTGold) e-gold dianggap sebagai mata wang digital pertama yang berjaya dan menjadi cukup popular sehingga dapat diterima pakai oleh pedagang dalam talian. Pada masa puncaknya, e-gold mempunyai lima juta pengguna dan memproses pemindahan nilai dalam lingkungan $2 billion. Selain token e-gold yang disokong oleh kepingan emas, e-logam berharga lain juga boleh diperolehi seperti e-silver, e-platinum, dan e-paladium. Kegagalan sistem e-tunai, sekali lagi adalah disebabkan ia adalah perkhidmatan berpusat yang dikendalikan oleh sebuah syarikat iaitu Gold & Silver Reserve Inc. Kerajaan A.S. mengemukakan tuntutan mahkamah yang mendakwa syarikat itu menjalankan perniagaan penghantaran wang tanpa izin. Akhirnya, satu lagi projek e-cash gagal kerana ia dikendalikan oleh syarikat berpusat dan mudah untuk kerajaan mengarahkan supaya ianya ditutup.

Hashcash (Adam Back, 1997)

Mula dicadangkan pada tahun 1997, dan secara formal diterbitkan sebagai Hashcash-A Denial of Service Counter-Measure pada tahun 2002, Hashcash adalah salah satu idea penting yang merealisasikan kewujudan Bitcoin. Walaupun penyelidik lain mempunyai idea Pricing via Processing (Nota kaki 6) sebelum Adam Back (Dwork dan Naor, 1992) tulisannya dirujuk oleh Satoshi dalam kertas putih Bitcoin dan membawa kepada apa yang dikenali sebagai bukti kerja (proof-of-work) Bitcoin hari ini. Sejauh yang kita tahu, istilah proof-of-work pertama kali diperkenalkan dalam kertas Hashcash (Nota kaki 7).

Hal Finney, salah seorang legenda terawal dalam dunia Bitcoin, dengan indah dan ringkas menggambarkan hashcash sebagai berikut “Hashcash adalah rentetan teks dalam format tertentu yang memiliki sifat khas iaitu ketika ia dimasukkan ke algoritma hash SHA-1 menghasilkan N bit pertama pada awalnya sama dengan sifar, di mana N biasanya sekitar 20–30 digit. Terminologi yang digunakan oleh hashcash untuk menerangkan bilangan bit sifar sebagai ukuran ‘perlanggaran’. Oleh kerana sifat SHA-1 ini, satu-satunya cara untuk mendapatkan ukuran perlanggaran yang besar adalah dengan cara carian paksaan (brute force) iaitu mencuba satu variasi demi satu variasi sehingga anda menjumpainya.” (Nota kaki 8)

Contohnya, hash SHA1 dari rentetan teks berikut :

1:20:040806:foo::65f460d0726f420d:13a6b8

akan menghasilkan rentetan dengan lima digit sifar dihadapannya seperti berikut (Nota kaki 9) :

00000f91d51a9c213f9b7420c35c62b5e818c23e

Jumlah sifar dihadapan dalam rentetan hashcash ini menunjukkan betapa bernilainya hashcash tersebut. Ini kerana untuk mendapatkan angka sifar ini, teknik carian paksaan (brute force) perlu digunakan. Jumlah angka sifar ini juga berhubungkait secara langsung dengan kos penghasilannya atau dalam bidang digital ianya bermaksud kos pengiraan.

Pada dasarnya, hashcash menggunakan fakta bahawa kitaran pengiraan memerlukan masa dan tenaga didunia nyata. Adam Back menyusulkan bahawa setem elektronik melalui hashcash boleh menjadi kegunaan utamanya. Sementara memerangi spam e-mel pada waktu itu adalah fokus utamanya. Beliau juga mencadangkan agar hashcash dapat digunakan sebagai matawang digital sehingga pada satu masa beliau menggambarkan hashcash digabungkan didalam sistem milik Chaum iaitu ecash. Walaupun algoritma bukti kerja Bitcoin sedikit berbeza dari Hashcash (contohnya menggunakan double-SHA256 dan bukannya SHA1) ideanya tetap sama iaitu pengkomputeran hash tidak dapat dilakukan tanpa menterbalikkan bit-bit yang pada kiraannya tidak dapat dilakukan tanpa menghabiskan masa dan tenaga yang banyak. Hashcash mengeksploitasi sumber alam bahawa apapun pengiraan atau perubahan sistem memerlukan tenaga. Dengan kata lain anda tidak boleh menipu hukum fizik iaitu pengiraan tidak akan berlaku secara percuma tanpa menggunakan tenaga.

Kebijaksanaan Hashcash adalah dalam mencari dan menerangkan fungsi komputasinya di mana pengiraan untuk mendapatkan hash adalah mahal dan sukar tetapi proses pengesahannya pula ianya dianggap mudah dan murah. Anda boleh membayangkan hashcash seperti seseorang yang ingin menyelesaikan permainan Sudoku atau Rubik’s Cube iaitu ianya sukar untuk diselesaikan tapi mudah untuk disahkan. Walaupun pelbagai implementasi Hashcash digunakan untuk mencegah masalah spam e-mel, konsep tersebut tidak banyak digunakan untuk ciptaan matawang digital sehinggalah Satoshi menggunakannya didalam Bitcoin.

Bit gold (Nick Szabo, 1998)

Berdasarkan karya Adam Back dan Hal Finney, bit gold dapat digambarkan sebagai permulaan langsung kepada wujudnya Bitcoin (Nota kaki 10). Walaupun sistem ini tidak pernah dilaksanakan, cara Szabo membayangkannya bit gold berfungsi secara teori sangat dekat dengan cara Bitcoin berfungsi.

Tujuan bit gold seperti namanya, adalah untuk mencipta barang berbentuk digital yang bebas dari mana-mana pihak berkuasa pusat, yang seterusnya dapat digunakan sebagai simpanan nilai iaitu sama seperti emas di dunia fizikal. Szabo ada menulis “Objektif utama yang saya ingin tegaskan disini adalah bit gold bertujuan untuk menjadi simpanan nilai dalam jangka masa panjang yang bebas daripada mana-mana pihak berkuasa pusat dan ianya jauh lebih selamat daripada emas tradisional.” (Nota kaki 11)

“Logam berharga dan barangan koleksi (Nota kaki 12) mempunyai kelebihannya tersendiri kerana kos pembuatannya yang tinggi. […] Oleh sebab itu, adalah sangat baik jika ada protokol di mana bit yang mahal ini dapat dicipta dalam talian dengan kebergantungan yang minimum kepada pihak ketiga yang boleh dipercayai untuk menyimpan, memindah dan menguji dengan selamat.”

- Nick Szabo

Satu perkara yang sering dikemukakan oleh Szabo ialah emas fizikal mempunyai pelbagai masalah dan tidak selamat jika dibandingkan dengan penyelesaian yang ada pada kriptografi. Penyimpanan, misalnya, hanya sekuat pintu dan dinding yang melindunginya. Akhirnya, seseorang pasti boleh masuk dan mencerobohnya. Perkara yang sama juga berlaku untuk pengangkutan. Anda tidak dapat menghantarnya dengan selamat tanpa usaha yang luar biasa dan tidak kira usaha anda, seseorang selalu dapat dipintas. Masalah terbesar adalah proses pengesahan ketulenan emas fizikal kerana banyaknya bar-bar “emas” tiruan yang dibuat terutama dari plumbum atau tungsten. Selain itu, kekurangan-kekurangan sifat emas ini menyebabkannya disimpan di dalam peti besi berpusat di dalam bank yang dengan sendirinya mewujudkan masalah kepada pihak bank tersebut untuk menjaganya dengan selamat.

Bit Gold mempunyai semua sifat penting emas fizikal, disamping dapat mengelakkan dari rasa tidak selamat seperti emas tulen yang telah melanda peradaban selama ribuan tahun.”

-Nick Szabo

Tujuan asal bit gold bukanlah satu-satunya perkara yang diketahui oleh penggemar bitcoin hari ini. Malahan, cara bit gold berfungsi adalah sama seperti Bitcoin. Memang terdapat beberapa perbezaan penting antara bit gold dan Bitcoin, tetapi idea asasnya adalah serupa.

Tujuh langkah berikut diambil terus dari kertas bit gold dan menggariskan bagaimana sistem Bitcoin beroperasi:

1. Rentetan (strings) bit cabaran atau “rentetan cabaran” perlu dicipta terlebih dahulu (lihat langkah 5).

2. Seorang pengguna contohnya Alice, menggunakan komputernya untuk menghasilkan bukti kerja (proof-of-work) dari bit cabaran ini dengan menggunakan fungsi benchmark.

3. Hasil bukti kerja ini akan dicap padanya waktu dengan selamat. Ini mesti berfungsi dengan cara yang teragih (distributed) dengan beberapa perkhidmatan cap waktu yang berasingan dan tidak ada satupun perkhidmatan ini yang berpusat.

4. Alice menambah rentetan cabaran dan rentetan bukti kerja bertanda masa ke pendaftar hakmilik harta yang diedarkan untuk bit gold. Di sini juga, tidak ada satu pelayan berpusat yang diperlukan untuk mengendalikan pendaftaran.

5. Rentetan bit gold yang terakhir dihasilkan memberikan bit cabaran untuk rentetan yang akan digunakan untuk bit seterusnya.

6. Untuk mengesahkan bahawa Alice adalah pemilik sebenar sesuatu rentetan bit, pengguna kedua bernama Bob hanya perlu memeriksa rantaian tajuk yang tidak mungkin dapat diciplak atau ditiru didalam pendaftar hakmilik (registry) bit gold.

7. Untuk menilai rentetan bit gold, Bob memeriksa dan mengesahkan bit cabaran, rentetan bukti kerja, dan cap waktu.

Terdapat dua perbezaan yang ketara antara pendekatan Szabo dan Bitcoin. Yang pertama adalah bit-bit memerlukan dua pendaftar berasingan iaitu satu untuk merakam cap waktu (untuk diperhatikan ketika bit-bit itu dibuat), dan satu untuk merakam hakmilik (untuk melihat siapa yang memiliki bit-bit). Yang kedua adalah bahawa bit gold seharusnya bergantung pada fungsi benchmark (berbanding fungsi satu arah) untuk menghasilkan bukti kerja. Fungsi benchmark adalah fungsi yang dicadangkan oleh Szabo yang agak stabil secara komputasi, iaitu sekumpulan fungsi yang mengekalkan tahap kesukaran yang serupa di antara semua pelombong (miner). Dia berusaha keras untuk menentukan dan meneroka fungsi-fungsi ini, berusaha merumuskan bukti matematik bahawa setiap pengiraan akan memerlukan sekurang-kurangnya sejumlah waktu tidak kira jenis komputer yang digunakan (Nota kaki 13). Namun oleh kerana komputer menjadi semakin cepat pada setiap masa, Szabo mengatakan bahawa mencari fungsi seperti itu akan menjadi sukar. “Masalah besar yang berpotensi masih ada: […] Dunia tidak mempunyai masalah yang stabil secara kriptografi.”

Kurangnya fungsi benchmark yang stabil membawa kepada banyak masalah antaranya “duit syiling” yang lebih tua yang dicipta oleh pengguna akan mempunyai kos yang berbeza daripada yang baru kerana komputer menjadi lebih cepat seiring kemajuan teknologi. Oleh itu, dua duit syiling yang berbeza atau rentetan bit gold, seperti yang disebut oleh Szabo tidak akan mempunyai nilai yang sama. Sekiranya Moore’s Law digunakan sebagai petunjuk, duit syiling dua tahun lebih tua daripada yang lain mungkin dianggap dua kali lebih berharga kerana penggandaan kuasa pemprosesan menjadikan komputasi yang lebih baru dua kali lebih mudah. Masalah lain ialah jika bit gold menjadi cukup berharga, penemuan komputasi yang lebih maju mungkin akan dirahsiakan oleh mereka yang menciptanya, menjadikan rentetan bit gold ini dikumpulkan dan dijual di pasaran dengan harga yang lebih mahal. Ini akan memburukkan masalah inflasi, yang merupakan masalah lain yang dikenalpasti oleh Szabo tetapi tidak dapat diselesaikan.

Di samping itu, Szabo mengenal pasti masalah pendekatan sebelumnya seperti Hashcash dan MicroMint (Nota kaki 14) iaitu (1) nilainya bergantung pada pihak berkuasa berpusat. (2) fungsi hash yang digunakan itu adalah lemah secara kriptografik iaitu ianya kurang stabil dari segi cryptanalytical. Seperti yang dijelaskan di atas, masalah sebelumnya masih lagi wujud pada bit gold.

b-money (Wei Dai, 1998)

Tidak seperti bit gold Szabo, idea b-money Wei Dai tidak pernah dilaksanakan. Namun, ia tetap merupakan cadangan secara teori tentang bagaimana protokol monetari dapat berfungsi. Walaupun Bitcoin adalah pelaksanaan yang berkesan dari segi visi yang digariskan oleh b-money, nampaknya Satoshi tidak menyedari idea b-money ketika beliau merekabentuk teras Bitcoin. Seperti yang ditulis oleh Wei Dai sebagai tindak balas kepada artikel LessWrong “pemahaman saya adalah bahawa pencipta Bitcoin […] bahkan tidak membaca artikel saya sebelum mencipta semula idea itu sendiri. Satoshi mengetahui mengenainya kemudian dan memberi penghargaan kepada saya dalam kertas putihnya. Jadi hubungan saya dengan projek ini agak terhad.” Pada tahun 2013, Adam Back memberi komen mengenai hal ini, dengan menyebut bahawa dia memperkenalkan Satoshi kepada b-money milik Wei Dai setelah Satoshi menghubunginya.

Dalam kertas cadangannya, Dai sangat lantang bersuara tentang motivasi sistemnya. Memetik idea Tim May mengenai pergerakan kripto-anarki, dia ada menulis bahawa “di dalam pergerakan kripto-anarki, kerajaan tidak dihapuskan sepenuhnya tetapi dilarang dari bercampur dan tidak diperlukan. Ini adalah kerana didalam komuniti ini, ancaman kerajaan adalah tidak berkesan kerana para pesertanya tidak dapat dihubungkan dengan nama sebenar atau lokasi fizikal mereka.”

Dai kemudian menerangkan sistem di mana setiap peserta menyimpan pangkalan data berasingan mengenai berapa banyak wang yang dimiliki oleh setiap pengguna. Pengguna dikenal pasti dengan nama samaran (kunci awam), unit monetari dicipta dengan komputasi, wang dipindahkan dengan menandatangani mesej dan kontrak dilaksanakan oleh protokol secara automatik. Jelas Dai, tetapi tidak secara terperinci sepertimana Bitcoin beroperasi pada hari ini.

Dai menggariskan lima perkara yang diperlukan agar sistem tersebut berfungsi:

1. Penciptaan wang

2. Pemindahan wang

3. Kesan kontrak

4. Kesimpulan kontrak

5. Penguatkuasaan kontrak

Walaupun b-money menyelesaikan banyak masalah yang terdapat pada wang elektronik, masalah yang dijelaskan oleh Szabo dalam bit gold tetap ada. Dai menyebut dalam cadangannya sebagai berikut “Salah satu bahagian yang bermasalah dalam protokol b-money adalah penciptaan wang. Bahagian protokol ini mensyaratkan bahawa semua penjaga akaun memutuskan dan menyetujui kos pengiraan tertentu. Malangnya kerana teknologi pengkomputeran cenderung untuk maju dengan cepat dan tidak selalu di ketahui umum, maklumat ini mungkin tidak diketahui, tidak tepat, atau ketinggalan zaman, semuanya akan menimbulkan masalah serius bagi protokol.”

Dai mencadangkan penyelesaian untuk masalah ini dengan menerangkan sub-protokol yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penciptaan wang. Peserta secara berkala akan menyetujui berapa banyak wang yang harus dicipta, bersama-sama bekerjasama dalam kitaran yang dipacu oleh pasaran yang terdiri daripada empat langkah iaitu perancangan, penawaran, pengiraan, dan penciptaan. Oleh kerana b-money tidak pernah dilaksanakan dalam bentuk yang diusulkan oleh Dai, tidak jelas apakah skema penciptaan wang yang rumit ini akan berfungsi sebagaimana yang diimpikan beliau.

RPOW — Reusable Proofs of Work (Hal Finney, 2004)

Seperti namanya, Hal Finney menemui cara untuk mencipta token bukti kerja (proof-of-work) dari hashcash hasil ciptaan Adam Back yang dapat digunakan semula (Reusable).

Caranya adalah dengan menggunakan pengumuman asal oleh Hal Finney sendiri iaitu sistem ini menerima hashcash sebagai token bukti kerja (POW), dan sebagai gantinya membuat token bertanda RSA yang disebut sebagai bukti kerja yang boleh digunakan semula (RPOW). RPOW kemudian boleh dipindahkan dari seseorang ke orang lain dan ditukar dengan RPOW baru pada setiap langkah. Setiap token RPOW hanya dapat digunakan sekali dan setiap kali token bertukar tangan, token yang baru ini dapat diserahkan kepada orang seterusnya dan nilainya dianggap sama.

Pemilikan dalam RPOW yang dipindahkan melalui pelayan (trust-minimized server)

Pada dasarnya, pengguna dapat membuat token RPOW melalui perisian klien RPOW, yang mengambil rentetan bukti kerja (proof-of-work) seperti yang dihasilkan oleh perisian Hashcash yang dicipta oleh Adam Back. Rentetan ini ditandatangani oleh kunci peribadi (private key)pengguna dan kemudian didaftarkan oleh pelayan RPOW dimana ia mencatatkan bahawa token ini adalah dimiliki oleh kunci awam (public-key) pengguna. Pengguna kemudian boleh memberikan token itu kepada orang lain dengan menandatangani “pesanan pemindahan” ke kunci awam pengguna lain. Pelayan kemudiannya mendaftarkan token ini telah dimiliki oleh kunci peribadi pengguna baru.

Seperti yang dapat dilihat dengan mengkaji tulisannya, Hal Finney terinspirasi oleh karya Nick Szabo, terutama idea-ideanya mengenai “bit gold” dan koleksi digitalnya. Membincangkan kemungkinan aplikasi RPOW, Hal menulis: “Penyelidik keselamatan Nick Szabo telah mencipta istilah bit gold iaitu sesuatu objek maklumat yang sangat mahal untuk dicipta. Beliau menunjukkan bahawa ianya dapat berfungsi sebagai landasan untuk sistem pembayaran, memainkan peranan didalam dunia fizikal emas. RPOW akan memudahkan penggunaan token POW sebagai bentuk bit gold dengan membenarkan token ditukarkan dari seseorang ke orang seterusnya.” (Nota kaki 15)

Pelaksanaan Hal adalah penyelesaian yang praktikal untuk masalah yang wujud dalam token bukti kerja, iaitu bahawa token POW sendiri tidak menghasilkan wang yang sangat baik. Token POW hanyalah hash iaitu sebahagian maklumat yang boleh digunakan semula. Dengan konsep pelayan RPOW, Hal memperkenalkan pihak berkuasa berpusat tetapi diperkecilkan kepercayaannya yang dapat dibuktikan secara kriptografi dan menentukan rantai pemilikan. Ini membolehkan token bukti kerja digunakan semula walaupun dengan cara yang terhad dan berturutan.

Walaupun seni bina RPOW bersifat hierarki iaitu penggunanya bergantung pada pelayan khusus, kepercayaan yang perlu dimiliki pengguna dalam pelayan RPOW adalah minimum. Hal ini dimungkinkan kerana perisian pelayan RPOW dijalankan pada koprosesor kriptografi IBM model 4758, papan PCI tahan keselamatan yang tinggi secara kriptografi bagi memastikan bahawa perisian yang berjalan di pelayan adalah perisian yang diterbitkan dan diaudit. Ini menjadikan mana-mana pelayan RPOW dapat dianalisis dan dinilai oleh sesiapa sahaja. Dengan kata lain, pelayan RPOW adalah pelayan telus yang menjadikan sistem RPOW secara keseluruhannya diperkecilkan. Semua orang tahu kod sumber (source code) yang menjadikan sistem ini berfungsi dan juga peraturan yang ada.

“Kami tahu kod sumbernya. Kami tahu peraturannya.”

-Hal Finney

Jadi, apa sebenarnya peraturan sistem RPOW? Menurut penciptanya ia adalah seperti berikut: (Nota kaki 16)

  • Tiada inflasi
  • Tiada pintu belakang
  • Perlindungan privasi

Peraturan “tanpa inflasi” harus difahami dari segi kekangan yang ditetapkan oleh sistem itu sendiri, iaitu bahawa mana-mana pelayan RPOW hanya akan membuat token RPOW yang sama nilainya dengan POW dan token RPOW yang masuk. Oleh kerana pengguna dapat membuat token bukti kerja baru melalui hashcash milik Adam Back, inflasi iaitu bekalan token baru yang masuk ke dalam sistem tetap akan berlaku.

“Untuk mengekalkan peraturan tanpa inflasi, pelayan RPOW harus memastikan bahawa tidak ada POW atau RPOW yang dapat digunakan lebih dari sekali sebagai pertukaran. Setiap token RPOW dihasilkan dan kemudian ditukar di pelayan dengan RPOW baru, dan selepas itu token RPOW yang lama tidak akan dapat digunakan lagi. Pelayan RPOW menguatkuasakan peraturan ini terutamanya dengan mencatat semua RPOW dan POW yang telah dilihatnya pada masa lalu. Setiap kali tawaran untuk pertukaran, pelayan RPOW membandingkannya dengan pangkalan data RPOW yang dilihat sebelumnya. Sekiranya telah ada dalam senarai sebelumnya, ini adalah usaha untuk menggunakan semula POW atau RPOW, permintaan untuk pertukaran ini akan ditolak. Sekiranya POW atau RPOW tidak ada dalam senarai, ia akan ditambahkan ke dalam senarai dan kemudian pelayan RPOW akan menandatangani nilai yang dibekalkan sebagai bahagian pertukaran dan mewujudkan RPOW baru.”

Peraturan “tidak ada pintu belakang” merujuk kepada ketelusan sistem. Semua orang dapat memeriksa cara kerjanya setiap masa dan tidak ada bahagian yang tersembunyi.

Peraturan “perlindungan privasi” adalah sesuatu yang menarik. Hal menulis dengan panjang lebar tentang bagaimana privasi adalah ciri yang sangat diingini, menyokong penggunaan Tor (Nota kaki 17) untuk menyambung ke pelayan RPOW dan membincangkan kedua-dua vektor serangan (serangan hubungan) dan penambahbaikkan seperti penggunaan tandatangan buta (blind signature). Dalam tulisannya, beliau menunjukkan dua perkara tambahan (1) “pemilik adalah musuh”, dan (2) “pengaturcara adalah musuh”, mengingatkan kita bahawa setiap sistem yang membantu pertukaran nilai yang dikurangkan kepercayaannya (trust-minimzed) perlu dibentuk dan dikendalikan diluar sistem pihak berkuasa.

Setelah hashcash, RPOW adalah salah satu sistem yang sebenarnya telah dilaksanakan. Walau bagaimanapun, mungkin kerana usaha yang diperlukan untuk menjalankan pelayan RPOW dan juga kurangnya insentif untuk melakukannya, token bukti kerja Hal Finney yang dapat digunakan kembali tidak pernah mendapat daya tarikan dan projek itu akhirnya dihentikan.

Kejayaan Besar Satoshi

“Saya harap ianya jelas bahawa sistem yang dikawal secara berpusat adalah sebab musabab kenapa hancurnya sistem itu.”

-Satoshi Nakamoto

Pada 11 Februari 2009, Satoshi menghantar pengumumannya ke forum Yayasan P2P. Yayasan P2P mengkaji kesan teknologi dan pemikiran peer-to-peer pada masyarakat, yayasan ini menggambarkan diri mereka sebagai “Yayasan untuk Alternatif Peer to Peer.” Oleh itu, ini adalah tempat yang sangat sesuai untuk mengumumkan penemuan wang peer-to-peer seperti Bitcoin.

Dalam pengumumannya, Satoshi menggambarkan Bitcoin sebagai “sistem e-tunai P2P” yang “tidak mempunyai pelayan pusat atau pihak yang perlu dipercayai” kerana “semuanya berdasarkan bukti kriptografi dan bukannya berlandaskan kepada kepercayaan.”

Pengumuman asal Satoshi berkenaan Bitcoin

Beliau mengenal pasti banyak masalah dengan sistem kewangan kita sekarang dan mata wang konvensional yang ada di dalamnya antaranya :

  • kepercayaan kepada pihak ketiga
  • penurunan nilai mata wang oleh bank pusat
  • penggelembungan kredit
  • perbankan rizab pecahan
  • privasi
  • kekurangan pembayaran mikro kerana kos yang tinggi
  • orang tengah

Hanya dengan melihat senarai ini, kepentingan dan motivasi untuk mencipta Bitcoin menjadi jelas. Satoshi tidak hanya menyelesaikan satu masalah, malah beliau bertekad untuk menyelesaikan banyak masalah sekaligus. Hebatnya, beliau dapat menyelesaikan banyak perkara ini sejak dari awal dan hanya dengan sekali cubaan. Yang harus beliau lakukan adalah meyakinkan orang lain bahawa penyelesaiannya benar-benar berjaya.

Dengan mengetahui khalayaknya, beliau terus menunjukkan bagaimana masalah berkaitan kepercayaan yang serupa diselesaikan dalam dunia sistem komputer secara umum, iaitu bagaimana kriptografi yang kuat tidak perlu mempercayai pentadbir sistem dengan data anda. Setelah fail anda dienkrip, anda tidak perlu mempercayai siapapun yang mempunyai akses ke fail ini, kerana mereka memerlukan kata laluan anda untuk menyahsulitnya. Dengan kata lain, kita beralih dari mempercayai manusia kepada mempercayai matematik. Perkara ini sangat relevan dalam keadaan komunikasi antara rakan (peer to peer), kerana hasil kriptografi yang kuat, anda dapat bertukar data sulit dengan orang lain termasuk diri anda pada masa akan datang dan tanpa perlu bergantung kepada orang tengah.

“Sudah tiba masanya kita mempunyai sesuatu yang sama untuk wang.”

-Satoshi Nakamoto

Untuk memahami lebih lanjut kejayaan besar Satoshi ini, mari kita senaraikan semua sistem sebelum ini dan kenapa semuanya gagal. Berikut adalah perkara penting yang telah wujud sebelum Bitcoin:

  • Pembuatan akaun melalui kriptografi kunci awam
  • Token yang tidak boleh dicipta tanpa melalui bukti kerja
  • Membuktikan pemilikan melalui tandatangan digital
  • Menyerahkan token bukti kerja melalui rantaian tandatangan

Dan berikut adalah perkara yang tidak mungkin sebelum Bitcoin :

  • Mencegah perbelanjaan berganda tanpa kepercayaan pada pihak ketiga
  • Mengehadkan bekalan tanpa pihak ketiga yang dipercayai

Bagi Satoshi, jelas bahawa setiap sistem yang dikendalikan secara berpusat akan ditutup oleh pihak berkuasa. Oleh itu, sistem yang ingin dibinanya mempunyai satu tujuan antara lainnya adalah desentralisasi atau sistem yang tidak berpusat.

“Kerajaan memang bijak mencantas ketua rangkaian yang dikendalikan secara berpusat seperti Napster, tetapi rangkaian P2P tulen seperti Gnutella dan Tor nampaknya memiliki jaringan mereka sendiri.”

-Satoshi Nakamoto

Petikan di atas merumuskan dengan tepat mengapa desentralisasi sangat penting iaitu tidak ada ketua yang harus dicantas, tidak ada CEO yang akan ditangkap, tidak ada pemimpin yang akan diperas ugut atau diberi tekanan, tidak ada satu pun kumpulan orang yang akan dipanggil dan tidak ada pelayan untuk ditutup. Dengan kata lain desentralisasi memaksimumkan survival untuk hidup.

Titik pusat dalam sistem apa pun menjadikannya titik kelemahan dan mudah untuk diserang dan ditutup. Penyerang yang cukup bermotivasi akan mencari dan memanfaatkan titik-titik kelemahan ini. Dan apabila ianya berkaitan dengan wang, sesebuah negara atau seseorang pemimpin memiliki semua motivasi didalam dunia ini untuk mematikan sistem yang dianggap sebagai pesaing tersebut. Ini sahaja antara sebab mengapa rekabentuk Bitcoin begitu rumit, iaitu senibina yang didorong oleh insentif untuk terus hidup. Oleh kerana itu, anda perlu memusnahkan semua bahagiannya secara serentak iaitu sistem yang tidak berpusat (decentralized) secara radikal dan sangat tahan terhadap apapun gangguan.

Walaupun percubaan sebelumnya terutamanya bit gold, b-money, dan RPOW hampir dengan reka bentuk Bitcoin, akhirnya semua sistem ini mempunyai sekurang-kurangnya mempunyai satu kelemahan tersebut :

  • Pendaftaran pemilikan pusat diperlukan untuk mengelakkan perbelanjaan berganda
  • Nilai syiling bergantung kepada pihak berkuasa pusat
  • Penerbitan terkawal hanya dapat dilakukan melalui badan berpusat
  • Fungsi bukti kerja yang tidak stabil (secara perhitungan komputasi)

Kecuali untuk point terakhir, semua kekurangan ini adalah kerana mereka memerlukan badan berpusat yang memperlihatkan ketua yang dapat dicantas oleh pemerintah. Kebijaksanaan Satoshi adalah dengan menghapuskan semua ketua termasuk dirinya sendiri dari sistem Bitcoin.

Sekali lagi, masalah penting untuk wang dalam dunia digital berpunca daripada dua perkara iaitu scarcity dan perbelanjaan berganda. Walaupun jelas ianya berkaitan, anda tidak dapat scarcity digital tanpa menyelesaikan masalah perbelanjaan berganda dan mereka tidak sama. Satoshi menyelesaikan kedua-dua masalah ini sekaligus dengan menggunakan rangkaian peer-to-peer sebagai lejar tidak berpusat, menggunakan rantaian waktu global untuk persetujuan sesuatu keadaan, dan secara dinamik mengubah kesukaran teka-teki untuk mencapai kestabilan kriptografi dan menjadikan terbitan wang yang dapat diramalkan sebaik mungkin.

Selanjutnya, ia menggabungkan proses penerbitan, pemindahan, dan verifikasi dan menghilangkan keperluan pihak ketiga yang dipercayai. Kebijaksanna Bitcoin adalah bahawa setiap nod dapat mengesahkan semuanya untuk dirinya sendiri setiap masa. Untuk melafazkan semula kata-kata dari Hal Finney “Kami tahu kod sumbernya. Kami tahu peraturannya.”

Satoshi dapat mendesentralisasikan semua fungsi b-money milik Wei Dai (penciptaan dan pemindahan wang; pelaksanaan, kesimpulan dan penguatkuasaan kontrak) disamping menyelesaikan masalah bit gold Szabo (nilai syiling bergantung pada pihak berkuasa pusat dan fungsi hash yang kekurangan kestabilan kriptanalisis). Beliau dapat melakukannya dengan membawa idea dari Hal Finney mengenai token bukti kerja yang boleh diguna semula ke tahap seterusnya iaitu mewujudkan aset digital yang mudahalih dan mempunyai kos yang tinggi untuk dicipta. Seperti RPOW sebelumnya, sistem yang dihasilkannya tidak memiliki inflasi, tidak ada pintu belakang, dan melindungi privasi penggunanya.

Adalah berguna untuk melihat pelbagai fungsi sistem jenis kewangan dan perbankan untuk memahami mengapa Bitcoin beroperasi dengan cara yang betul. Pada dasarnya, sistem seperti ini perlu melakukan perkara-perkara berikut:

  • Pembuatan Akaun: pengguna perlu dapat membuat akaun dan mengesahkan diri mereka sendiri.
  • Rekod Pemilikan: sistem perlu merekodkan siapa yang memiliki hakmilik sesuatu aset.
  • Bukti Pemilikan: perakuan diperlukan untuk mengesahkan bahawa pengguna benar-benar memiliki sesuatu aset, sehingga pengguna dapat membuktikan fakta ini kepada dirinya sendiri dan orang lain.
  • Pindahan Pemilikan: pengguna perlu dapat memindahkan hakmilik aset.
  • Keselamatan: sistem perlu memastikan bahawa rekod pemilikan, rangkaian komputer, dan data pengguna adalah selamat.

Selain itu, dalam hal sistem monetari, adalah wajar untuk memiliki fungsi berikut:

  • Scarcity: wang itu harus sukar dihasilkan, iaitu wang itu harus mahal dan sukar untuk dihasilkan seperti yang dijelaskan oleh Nick Szabo.
  • Terbitan Terkawal: unit monetari baru ini harus dikeluarkan secara berkala dan dalam jangka masa yang panjang bagi membolehkan pengedaran secara organik di kalangan peserta.
  • Kebolehkendalian: pihak ketiga yang bebas harus dapat mengaudit bekalan (serta keselamatan sistem).

Satoshi menemui cara untuk mendesentralisasikan semua fungsi yang disenaraikan di atas, menggunakan gabungan teknologi peer-to-peer, kriptografi, kebarangkalian, teori permainan, fizik, dan insentif ekonomi. Dengan kata lain, Satoshi telah dapat membangunkan satu sistem yang tidak berpusat dengan menggunakan hukum matematik dan fizik.

Untuk menjadikannya lebih konkrit, mari kita perhatikan dengan lebih dekat ciri-ciri ini dan bagaimana Bitcoin berjaya melaksanakannya dengan cara yang terdesentralisasi:

  • Penciptaan Akaun: Penciptaan akaun pengguna dapat didesentralisasi sepenuhnya dengan menggunakan kriptografi kunci awam (public key cryptography). Sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa, boleh membuat satu atau beberapa kunci untuk berinteraksi dengan sistem Bitcoin. Tidak ada borang pendaftaran dan tidak ada pihak berkuasa pusat yang perlu meluluskan atau menolak permohonan anda dan tidak ada pelayan yang bertanggungjawab untuk pendaftaran masuk ke dalam sistem Bitcoin. Pada hakikatnya, penciptaan akaun dalam Bitcoin hanyalah dengan menghasilkan nombor rawak (random number) yang besar. Anda juga boleh memterbalikkan duit syiling beberapa kali atau membaling sepasang dadu, selagi anda tahu apa yang anda lakukan dan kepingan dadu atau syiling ini adalah sama sifatnya.
  • Rekod Pemilikan: Dalam Bitcoin, setiap nod penuh (full-node) mempunyai salinan rekod pemilikan. Pendekatan radikal ini adalah cara mudah untuk menghilangkan pihak pendaftar berpusat dan mengoptimumkan survival untuk hidup. Pihak berkuasa atau kerajaan tidak boleh menutup pendaftaran jika semua orang adalah pendaftar.
  • Buktikan Pemilikan: Seperti sistem lain sebelum ini, Bitcoin menggunakan tandatangan kriptografi untuk membuktikan pemilikan. Sekiranya anda mempunyai kunci peribadi (private key) untuk menandatangani mesej, anda dapat membuktikan bahawa kunci awam (public key) yang berkaitan dan juga aset yang dihubungkan dengan kunci awam ini adalah milik anda. Pihak berkuasa berpusat tidak diperlukan untuk menyerahkan dan membuktikan sijil pemilikan.
  • Pindahan Pemilikan: Pemilikan dipindahkan melalui rantaian tandatangan (chain of signatures) seperti dalam sistem RPOW milik Hal Finney. Tidak seperti sistem RPOW, tiada pelayan pusat diperlukan kerana rantaian pemilikan dihoskan (dan disahkan) oleh setiap nod penuh (full node) yang dilarikan (software run) oleh pengguna-pengguna dalam rangkaian Bitcoin. Pengguna ini terdiri dari individu di serata dunia dan terdiri dari pemilik syarikat korporat, Exchanger, pembangun (developer) Bitcoin dan orang biasa.
  • Keselamatan: Bitcoin dijamin dengan pelbagai cara, semuanya bergantung pada kriptografi dalam satu bentuk atau bentuk yang lain, yang seterusnya bergantung pada kekuatan jumlah nombor yang sangat besar. Kebarangkalian seseorang akan dapat meneka kunci peribadi (private key) anda atau salah satu alamat anda adalah hampir sifar, begitu juga kebarangkalian seseorang akan menemui hash blok yang sah tanpa melakukan kerja brute-force. Gabungan kriptografi yang kuat dan tenaga kumulatif yang dikeluarkan oleh pelombong (miner) menjamin kedua-dua aset pengguna serta integriti rangkaian. Sistem itu sendiri tidak pernah digodam, menjadikannya rangkaian komputer paling selamat sepanjang masa. Bitcoin hanya boleh diserang secara berkesan pada penggunanya sahaja, iaitu kunci peribadi (private key) dapat dicuri dari pengguna atau penjaga individu.
  • Scarcity: Oleh kerana Bitcoin adalah sistem pertama yang dapat menyelesaikan masalah perbelanjaan berganda, secara tidak langsung menjadikannya yang pertama yang mempunyai sifat digital scarcity. Satoshi boleh memilih mana-mana kadar inflasi terminal, tetapi beliau memilih kadar inflasi terminal sifar. Hasilnya, 21 juta bitcoin akan dihasilkan dan tidak lebih dari itu. Apa maksudnya untuk Bitcoin dan dunia secara keseluruhan akan diterokai dalam perbincangan lain.
  • Pengeluaran Terkawal: Oleh kerana penyesuaian kesukaran (difficulty adjustment) Bitcoin, penerbitan terkawal (controlled issuance) adalah terjamin dengan cara yang terdesentralisasi. Penyesuaian kesukaran inilah yang menyelesaikan masalah ketidakstabilan cryptanalytic seperti yang dijelaskan oleh Satoshi dalam kertas putihnya iaitu “Untuk mengimbangi peningkatan kelajuan perkakasan dan minat yang berbeza-beza dalam menjalankan nod dari masa ke semasa, kesukaran bukti kerja ditentukan oleh purata bergerak (moving average) bagi bilangan blok purata setiap jam. Sekiranya ianya dihasilkan terlalu cepat, kesukaran akan meningkat.” Semasa era ganjaran rangkaian (network rewards), yang akan berakhir sekitar tahun 2140, bitcoin baru akan memasuki ekonomi dengan setiap blok yang sah, iaitu kira-kira setiap sepuluh minit. Bekalan Bitcoin telah ditentukan sejak awal lagi dan boleh dikatakan ini adalah keunikan Bitcoin yang paling berharga. Tidak ada aset lain yang mempunyai sifat seperti Bitcoin iaitu jadual bekalannya yang tidak berubah dan tidak dapat dibahaskan.

Ringkasnya, hukum matematik memungkinkan desentralisasi untuk semua fungsi penting dalam sistem Bitcoin dan hukum termodinamik membolehkan jaminan keselamatan yang kuat. Selanjutnya, insentif ekonomi dan teori permainan adalah apa yang menyatukan semuanya.

“Hasilnya adalah sistem yang diedarkan tanpa satu titik kelemahan. Pengguna menyimpan kunci kriptografi untuk wang mereka sendiri dan bertransaksi secara langsung antara satu sama lain, dengan bantuan rangkaian P2P bagi memeriksa perbelanjaan berganda.”

-Satoshi Nakamoto

Satoshi juga menyedari bahawa satu-satunya aset dunia nyata yang dapat dihubungkan dengan sistem komputer adalah tidak lain selain tenaga. Semua perkara lain tidak kira sama ada emas, sijil, hartanah atau buah strawberi, ia akan memperkenalkan semula pihak ketiga yang perlu dipercayai kerana kebergantungannya antara dunia digital dan dunia fizikal. Seseorang harus memastikan bahawa aset dunia nyata dan perwakilannya dalam aset digital ini pada asasnya perlu kekal terkini dan sama. Inilah yang dikenali sebagai masalah oracle, dan bukti kerja menyelesaikannya dengan cara yang bijak iaitu dengan menggunakan tenaga, dan dengan menggunakan hukum fizik sebagai kebenaran mutlak. Seseorang juga boleh memikirkan masalah oracle ini sebagai prinsip GIGO iaitu Garbage In, Garbage Out (Sampah yang Masuk, Sampah yang akan Keluar). Anda perlu mempercayai sesiapa sahaja yang menyimpan catatan bahawa catatannya itu betul. Jika dirumuskan dengan cara yang berbeza, anda tidak dapat memastikan bahawa data yang ada dapat diwakili di dalam dunia realiti, melainkan jika kenyataan berasas itu berdasarkan pada pengiraan anda sendiri.

Idea Tepat Pada Masanya

“Anda tidak dapat menghancurkan idea dengan cara penindasan. Anda hanya boleh menghancurkannya dengan cara mengabaikannya. Enggan berfikir dan menolak untuk berubah, dan itulah yang dilakukan oleh masyarakat kita!”

-Ursula K. Le Guin

Seperti yang kita lihat dengan meneliti sejarah pra-Bitcoin, perbelanjaan berganda (double spending) dan digital scarcity bukanlah masalah yang mudah untuk diselesaikan. Kejayaan Satoshi adalah mencari jalan untuk menyelesaikan kedua-dua masalah ini secara praktikal dan bukan secara akademik. Yang pertama diselesaikan oleh rantaian masa yang dikongsi secara global yang diselaraskan melalui undian yang kompetitif, yang kedua diselesaikan dengan penyesuaian kesukaran (difficutly adjustment) dan juga separuh ganjaran blok (block reward halving). Bitcoin menggunakan idea terbaik (tandatangan digital, bukti kerja yang boleh digunakan semula, rangkaian peer-to-peer) dan menggabungkannya dengan cara bijak untuk membuat sesuatu yang sama sekali baru iaitu sistem yang terdesentralisasi tanpa satu titik kelemahan.

Tidak ada satu pun bahagian Bitcoin yang dapat dikeluarkan tanpa menghancurkan keseluruhan sistemnya. Tanpa rantaian masa (timechain), tidak akan ada cara terdesentralisasi untuk memeriksa perbelanjaan berganda. Tanpa separuh ganjaran blok (block reward halving), bekalan bitcoin akan berkembang tanpa had. Tanpa penyesuaian kesukaran (difficutly adjusment), algoritma perlombongan tidak akan mempunyai kestabilan cryptanalytic, menjadikannya mudah bagi pelombong untuk menghasilkan bitcoin dengan lebih cepat. Ramai cypherpunks mengimpikan wang digital. Satoshi membawa idea ini dengan lebih jauh daripada orang lain sebelumnya, menerapkan sistem yang hampir tidak dapat dihentikan. Tidak kira apa yang berlaku dalam beberapa dekad yang akan datang, semua orang harus menyesuaikan diri dengan dunia di mana Bitcoin telahpun wujud.

Bitcoin adalah idea yang sudah tiba masanya. Semakin ramai orang, syarikat, bahkan negara-negara bergerak menuju ke arah Bitcoin Standard, graviti idea Satoshi yang tidak dapat dihentikan menjadi semakin jelas. Dengan menerapkan ideanya, beliau membuktikan bahawa penyelesaian praktikal untuk masalah yang menimpa wang digital selama beberapa dekad iaitu perbelanjaan berganda (double spending) dan digital scarcity adalah benar. Perisiannya telah dilancarkan ke alam Internet dan menggerakkan proses berdekad lamanya yang didorong oleh struktur insentif yang sangat kuat. Idea yang tidak dapat dihentikan terkandung dalam kod Bitcoin. Struktur insentif inilah yang mendorong kelangsungan hidup Bitcoin. Setiap hari berlalu, Bitcoin akan sentiasa berjalan dan umat manusia selangkah lebih dekat untuk membebaskan diri mereka dari wang yang dikuasai pemerintah. Dunia akan mengambil masa untuk memahami idea hebat ini. Secara jujurnya, masa juga merupakan alasan mengapa Bitcoin berfungsi buat kali pertama sejak Satoshi memperkenalkan ke dunia digital. Ramai orang berpendapat bahawa masalah ini tidak dapat diselesaikan. Ternyata apa yang diperlukan adalah idea yang tepat pada masanya.

Bitcoin Adalah Idea adalah satu dari bab dalam buku 21 Cara saya yang akan datang.

Nota kaki

1. Nama cypherpunk adalah gabungan nama cipher (algoritma yang menyulitkan dan / atau mendekripsi mesej) dan cyberpunk (subgenre fiksyen sains yang dihasilkan oleh karya penulis seperti Philip K. Dick, William Gibson, Ridley Scott, dan banyak lagi) yang lain.

2. Internet Assigned Number Agency (IANA)

3. Timothy C. May, The Crypto Anarchist Manifesto

4. Diffie and Hellman, 1976, New directions in cryptography (IEEE, PDF)

5. Rivest, Shamir, Adleman, 1978, A method for obtaining digital signatures and public-key cryptosystems (ACM, PDF)

6. Dwork and Naor, 1992, Pricing via Processing (PDF)

7. “The hashcash CPU cost-function computes a token which can be used as a proof-of-work.” http://www.hashcash.org/papers/hashcash.pdf

8. Hal Finney, RPOW Theory

9. Anda boleh mencubanya sendiri menggunakan pelbagai alat dalam talian (contohnya DuckDuckGo) atau dengan menaip berikut ke dalam baris arahan: echo -n 1:20:040806:foo::65f460d0726f420d:13a6b8 | sha1sum

10. Dalam beberapa tulisannya yang terawal, contohnya fail README ini, Satoshi menulis Bitcoin sebagai “BitCoin”, menunjukkan bahawa ia dimaksudkan untuk difahami sebagai dua perkataan yang terpisah.

11. Dari kertas putih awalnya dimana Szabo memperkenalkan konsep aset mahal yang tidak dapat diciplak, menghubungkan kekurangan barang tertentu dengan kos pembuatannya.

12. https://nakamotoinstitute.org/shelling-out/

13. Lihat tulisannya mengenai Intrapolynomial Cryptography

14. MicroMint adalah salah satu daripada dua skim pembayaran mikro yang dicadangkan oleh Ronald L. Rivest dan Adi Shamir (R dan S di RSA). Skema kedua dipanggil PayWord. Kedua-duanya menumpukan pada pembayaran yang cekap dengan jumlah yang sangat kecil, memperluas karya sebelumnya seperti Millicent oleh Glassman et al. Sekali lagi ideanya adalah menggunakan kriptografi kunci awam dan hash dengan cara yang bijak untuk menghasilkan duit syiling: “Koin adalah rentetan bit yang kesahihannya dapat diperiksa dengan mudah oleh siapa saja, tetapi sukar untuk dihasilkan.

15. https://nakamotoinstitute.org/finney/rpow/index.html — Lihat juga Shelling Out: The Origins of Money

16. https://nakamotoinstitute.org/finney/rpow/slides/slide010.html

17. The Onion Router, https://torproject.org

All about Bitcoin